Friday, April 22, 2011

Sebab Susu Merundum?ketahui punca nya..

hai peepss..

nak citer pasal susu ibu nih,tak lah teror sgt.tapi bole lah sikit-sikit nak kongsi pengalaman.

Dalam penyusuan Araz, Zura direct feeding Araz jer ,jarang sekali zura pump susu coz  Araz selalu jerk dengan Zura..lagik pun sedia maklum si kecik nih memang totaly dan banned botol susu..so skang kalau nak bagi air kosong Zura bagi guna sipping cup jer..but sometimes kalau nak masukan dalam puree or bubur Zura pump jugak...

just now, ada chit chat sikit dgn kawan lama masa kerje dulu,dia baru lepas melahir kan anak.Alhamdulilah dia jugak menyokong penyusuan susu ibu,walaupun anak di kampung dia tetap memerah susu untuk di beri pada anak nyer.Totally hat off lah Yant.Cuma aper yg merunsing kan nya susu semakin merundum .zura pun pernah mengalami nya ketika Harraz beberapa bulan dulu,punca nya stress.Stress pasal susu kurang, tapi pasal zura stress lah ,susu tuh kurang.[ha paham tak ayat tuh]
just wanna share kenapa susu merundum.
info sharing form here

Berikut disenaraikan faktor yang mungkin boleh menjadi punca kekurangan pengeluaran susu ibu menurut pembacaan saya :-

(1) Tekanan @ stress
Tekanan ini bukan sahaja boleh berpunca dari pelbagai masalah yang dihadapi dalam hidup sehari-hari malah ramai ibu-ibu yang secara tidak sedar akan berasa tertekan apabila mendapati pengeluaran susu mereka berkurangan.
Diakui adalah amat sukar untuk tidak berasa tertekan, tetapi sebolehnya elakkan terlalu memikirkan masalah kekurangan susu ibu lebih-lebih lagi sewaktu memerah susu atau menyusukan bayi. Dakap bayi dan tenangkan fikiran. Jika tidak bersama bayi lihat gambarnya atau bayangkan saat-saat ketika bersama dengan bayi anda bagi membantu pengeluaran.

(2) Keletihan atau kurang tidur
Tugas menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi atau menenangkan bayi yang terjaga kerana lampin yang basah. Walau bagaimana pun ini tidak bermakna ibu-ibu boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk kurang tidur.
Keletihan bukan sahaja boleh mengganggu pengeluaran susu malah ia boleh mengganggu fungsi badan yang lain. Termasuk juga sistem pencernaan. Dapatkan bantuan suami untuk membantu menyalin lampin bayi secara bergilir-gilir pada waktu malam. Bagaimana pun anda masih perlu bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi. Tetapi perlu berasa bertuah kerana tidak perlu bangun untuk memanaskan air dan membancuh susu.
Tidur siang dalam jangka masa yang singkat boleh membantu mengurangkan keletihan tetapi pastikan anda tidak tidur berlebihan.

(3) Kurang minum air
Badan kita menggunakan banyak air untuk pelbagai fungsi termasuk untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Pengambilan air yang terlalu kurang boleh mengganggu pengeluaran susu.

(4) Kehamilan
Biasanya pengeluaran susu selepas bulan keempat kehamilan akan mengalami sedikit kemerosotan. Walau bagaimana pun pengeluaran akan kembali normal selepas kelahiran bayi.

(5) Pengambilan pil perancang
Walau pun ia jarang berlaku terdapat juga kebarangkalian pengeluaran berkurangan apabila ibu mengambil pil perancang kehamilan.

______________________________________________________________________________________________
A Good Info sharing rite..

selain dari itu ibu ibu hendak lah menyusu kan bayi atau pump sekerap yang mungkin.ini kerana pernghasilan susu ibu terhasil mengikut konsep "supply and demand".Namun begitu pengambilan penggalak susu juga boleh di ambil sebagai satu inisiatif untuk memperbanyakkan susu ibu,kan usaha itu tangga kejayaan.

untuk Trial Pack bagi ibu menyusu dengan tambahan Alfafa si penggalak susu..sila lah hubungi saya di 0123230312

No comments:

Post a Comment