Alhamdulilah..syukur kepada Nya yang memberikan saya peluang untuk bergelar seorang ibu dan isteri...
Sejak dari mengandung saya memang nak sangat menyusukan Araz dengan susu saya sendiri.Selalu gak online dan dapat kan info-info pasal susu ibu.Saya pernah mengalir kan air mata biler Araz terpaksa minum susu FM kat Hospital kerana susu saya cuma ada 4 hari lepas kelahiran nya..Yupp time tuh memang kurang sangat pengetahuan mengenai susu ibu nih..
dah byk membaca..dah tahu serba sedikit dan Alhamdlulilah bantuan dari Nya saya dapat menyusu kan harraz sampai ler ke hari ni..Direct Feeding pulak tuh...di tambah plak dengan banyak kelebihan susu ibu ini.dan ader saya baca..susu ibu adalah hak asasi anak itu[kita kena memberi pada yang hak,kalau tak zalim kan??].semangat saya nak menyusu lagik lah berkobar kobar..so nak share skit kepentingan susu ibu..maybe dah basi skit kan..atau pun dah banyak baca..just nak share maybe boleh naikkan balik semangat mereka mereka yang dah malap semangat nyer [walau apa pun sebab nya] or untuk yang baru nak mendapat chaya mata maybe bole jadik panduan ..
kepentingan penyusuan susu ibu
- Nilai genetik dalam susu ibu tidak bole sama sekali di gantikan dengan susu tiruan
- susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada serangan jangkitan dan penyakit
- penyusuan ibu mungkin dapat menyelamatkan nyawa bayi kerana bayi yang tidak permah meminum susu ibu cenderung meninggal dalan masa setahun kehidupan nya
- susu ibu membantu otak bayi berkembang kpd potensi maksimum
- susu ibu bersih dan menyenangkan
- susu ibu mudah hadam dan tidak menimbulkan alergi
- menghisap susu ibu dari buah dada ibu menguatkan lelangit dan rahang
- Penyusuan susu ibu mengerat kan kasih sayang di antara ibu dan anak,anak merasa sihat dan riang.
- susu ibu percuma!!
Tapi permulaan untuk menyusukan baby memang bukan senang..saya pun pernah hampir berputus asa...saya pun pernah marah bila araz menangis nak susu masa dlm pantang...orang orang tertentu pun ada yang tak bagi sokongan ..Tapi Sekarang...semua nya jadi lebih mudah untuk saya dah Harraz..Alhamdulilah..
Dimana mana pun bole... |
No comments:
Post a Comment